Sunday, December 04, 2005
Mungkin
Wajahnya merenung ke arah tingkap di rumahnya. Titisan air matanya mengalir ke pipi. Kesunyian hatinya tidak dapat di gambarkan kedalam kata-kata. Bukan maksudnya untuk membisu, kesepian tanpa kata. Kepisahan mereka hanya kerana pilihannya untuk mengejar impiannya.
Semenjak mereka berpisah, hidupnya bagai malam tiada cahaya purnama. Sentiasa gelap kerana cahaya kehidupannya telah tiada. Tanpa kekasihnya, tiada erti untuk hidup.
Biarkan sahaja dirinya keseorangan tanpa kekasihnya. Kepisahan mereka hanya kerana pilihannya untuk mengejar impiannya.
Saat-saat dia merindukan diri kekasihnya, jiwanya meronta agar dapat melihat wajah kesucian kekasihnya. Seluruh pancainderanya tidak berfungsi seperti telah tiba gerhana.
Taman syurganya seperti tiada bidadari, hanya sunyi dan sepi kerana kekasihnya diibarat hembusan nafasnya yang terakhir.Dia sentiasa mengharap kekasihnya pasrah menanti.
Mungkin setelah kedua-dua jiwa mereka bersama, dalam mencari cinta sejati, segala derita di jiwa akan terubat jua.
Hanya satu sahaja pintanya. Iaitu sabarlah menanti kepulangannya bersama cinta.........
Inspired by the song winter sonata by hazami and mungkin by anuar zain
Nathaniel Iman sprouted nonsense at